Memiliki Kilang Sendiri
Kekuatan utama Avail Beauty dan memberi jaminan penghasilan berterusan tanpa dikuasai produktiviti pengilang lain kepada semua pengedar Avail.
Penghantaran Percuma
Atas sokongan padu kumpulan pengedar AvaiLife, kini kami telah layak menawarkan penghantaran percuma bagi pakej pembelian terpilih!
Pengguna Yang Gembira!
Apa yang terpapar di sini adalah sebahagian daripada ribuan pengguna yang tampil menyatakan rasa gembira di atas keberkesanan produk-produk kami.
Selamat Datang ke Avail Beauty MY
Selamat datang ke laman Avail Beauty MY – laman web rasmi pengedaran produk penjagaan diri dan kesihatan keluaran Avail Beauty Sdn Bhd. Avail Beauty MY adalah laman rasmi kumpulan usahawan AvaiLife.
Kedatangan Avail Beauty MY telah membawa lebih ramai orang menikmati tahap kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Kini sudah tiba masanya kehidupan anda juga berubah bersama Avail Beauty.
Layari online shoppe kami untuk mencuba produk Avail dan nikmati penjimatan melalui pembelian secara online.
Post Terkini
Pengumuman Syarikat
// Disember 23, 2011
Borang permohonan ahli baru Jan 1, 2012
Kepada semua pengedar, pusat stokis & sub stokis Avail yang dihormati,
Berkuatkuasa 1 Januari 2012, setiap Borang Permohonan Ahli MESTI disertai dokumen-dokumen seperti berikut:
- Individu – salinan kad pengenalan
- Syarikat (Persendirian/Perkongsian) – salinan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia):
- Perakuan Pendaftaran
- Maklumat Pemilik Masa Kini dan
- Maklumat Perniagaan
- Syarikat (Sdn. Bhd.) – salinan Form 49, Form 24 dan Form 9
- Persatuan/Koperasi/Pertubuhan – salinan Sijil Pendaftaran
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-80701822 (Bahagian Operasi).
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.
// Disember 11, 2011
Cawangan Avail di Johor Bharu berpindah ke pejabat baru
Kepada semua Pengedar AVAIL yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa bermula daripada 19hb Dis 2011 Cawangan Johor Bahru akan berpindah ke pejabat baru beralamat seperti dibawah
Avail Beauty Sdn Bhd,
Cawangan Johor Bharu,
No 117 & 119, Jalan Harmonium 35/1,
Taman Desa Tebrau,
81100 Johor.
Tel: 07-351 6424
Fax: 07-351 6724
// Disember 03, 2011
Jom melancong ke Korea (non-muslim) / tunaikan Umrah (muslim) bersama Avail!
Sukacita diumumkan bahawa syarikat telah melancarkan Kempen Insentif Pelancongan ke Umrah / Korea.
Kempen ini bermula dari Bulan Bonus September 2010 hingga Bulan Bonus Disember 2011.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada risalah atau menghubungi pegawai pemasaran Avail.
Tempoh Kempen: Bulan Bonus Sept 2010 – Dis 2011
Tarikh Pelancongan: Mac / April 2012
Destinasi Pelancongan: Umrah / Korea
// November 01, 2011
Avail Organiser 2012 – marketing tools terkini
Sukacita dimaklumkan bahawa satu lagi Marketing Tool yang pasti membantu anda dalam perniagaan Avail, iaitu Avail Organiser 2012 terbaru telah dihasilkan!
Avail Organiser 2012 terkini ini mengandungi “Flip chart” yang senang diduplikasikan pada bila-bila masa untuk membuat perkongsian.
Hanya RM30.00 senaskah.
Dapatkanlah Avail Organiser 2012 anda di Ibu Pejabat, cawangan – cawangan, pusat – pusat stokist Avail hari ini!
// Disember 27, 2010
Polisi dan peraturan terbaru (kemaskini)
Pembatalan Polisi Status Inaktif Berkuatkuasa pada Bulan Bonus JANUARI 2011, Polisi Status Inaktif (tidak aktif selama 6 bulan) akan dibatalkan.
Pengedar yang tidak membeli selama 12 bulan berturut-turut, keahliannya akan dibatalkan.
Kad Keahlian Baru Berkuatkuasa pada Bulan Bonus JANUARI 2011, Syarikat akan menghantarkan kad keahlian baru kepada semua pengedar baru dan pengedar lama yang aktif.
Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kad, yuran memohon gantian kad sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi setiap kad.
Download Borang
Kemaskini terakhir pada Disember 2011.






